penah tak anda rasa seperti gambar dibawah ini?
kalau tak pernah,bagusla sebab anda sentiase merasakan bahawa Dia sentiase dgn anda...credit to you.
but insan seperti ak yg dlunye pernah berasa keseorangan tanpa teman,tambahan duduk berjauhan dgn keluarga dan kadangkala sebulan atau dua bulan baru bertemu keluarga,merupakan dugaan yg plg besar pada diri ak sendiri....
perkara ini terjadi lebey-lebey lagi jika kita mengalami kerunsingan atau tahap kesedihan yg memerlukan teman sepanjang mase...
namun,aku bangkit dari hari demi hari dgn bantuan kawan dan aku mulai sedar bahawasanya Allah sentiase disisi kte...padanya tempat kite mengadu dan sesungguhnya Allah mengetahui setiap niat yg terlintas dlam hati kita...
تُرْجِي مَن تَشَاء مِنْهُنَّ وَتُؤْوِي إِلَيْكَ مَن تَشَاء وَمَنِ ابْتَغَيْتَ مِمَّنْ عَزَلْتَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكَ ذَلِكَ أَدْنَى أَن تَقَرَّ أَعْيُنُهُنَّ وَلَا يَحْزَنَّ وَيَرْضَيْنَ بِمَا آتَيْتَهُنَّ كُلُّهُنَّ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا فِي قُلُوبِكُمْ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيماً حَلِيماً
Engkau boleh menangguhkan sesiapa yang engkau kehendaki dari mereka dan engkau boleh mendamping: sesiapa yang engkau kehendaki; dan sesiapa yang engkau hendak mendampinginya kembali dari mereka yang telah engkau jauhi itu maka tidaklah menjadi salah bagimu melakukannya; kebebasan yang diberikan kepadamu itu (bila diketahui oleh mereka) adalah lebih dekat untuk mententeramkan hati mereka, dan menjadikan mereka tidak berdukacita, serta menjadikan mereka pula reda akan apa yang engkau lakukan kepada mereka semuanya. Dan (ingatlah) Allah sedia mengetahui apa yang ada dalam hati kamu; dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.
(surah Al-Ahzab ayat 51)
Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
(Surah Al-Hadid 57: Ayat ke 4)
carila kedamaian hati..
zikirullah adelah pengubat segala kesepian..
semoga kte tdak lari dan tergelincir dr garisanNYA...
InsyaAllah....^_^
No comments:
Post a Comment